Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Ambillah sebahagian agama kalian daripada al-Humaira'

Teks Bahasa Arab

خُذُوا شَطْرَ دِينِكُمْ عَنِ الْحُمَيرَاءِ.

Teks Bahasa Melayu

Ambillah sebahagian agama kalian daripada al-Humaira' (gelaran kepada 'Aishah).

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 35, hadis no. 127. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال العماد ابن كثير: سألت عنه الحافظين المزي والذهبي فلم يعرفاه، وقال ابن حجر: لا أعرف له إسنادا ولا رأيته في شيء من كتب الحديث إلا في النهاية لابن الأثير ولم يذكر من خرجه. وقال السيوطي: لم أقف عليه لكن في الفردوس عن أنس: "خذوا ثلث دينكم من بيت عائشة رضي الله تعالى عنها" ولم يذكر له إسنادا.

Al-'Imad Ibn Kathir berkata: "Aku pernah bertanya tentang hadith tersebut kepada dua hafiz, iaitu al-Mizzi dan al-Zahabi, namun kedua-dua mereka tidak mengetahuinya. Ibn Hajar berkata: "Aku tidak tahu adanya sanad bagi hadith tersebut dan aku juga tidak pernah melihat hadith tersebut dalam mana-mana kitab hadith kecuali al-Nihayah oleh Ibn al-Athir dan beliau tidak menyebut siapakah yang mengeluarkannya". Al-Suyuti berkata: "Aku belum pernah menemuinya". Namun, terdapat dalam Musnad al-Firdaus daripada Anas: "Ambillah 1/3 agama kalian daripada rumah 'Aishah RA", beliau tidak menyebut sanad bagi hadith tersebut.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.