Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خُذوا علَى أَيدي سفَهائِكُم
Teks Bahasa Melayu
Ambillah (pimpinlah) tangan orang-orang bodoh di kalangan kamu.
Sahabat Perawi
- al-Nu’man bin Basyir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 784, hadis no. 4024. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن النعمان بن بشير قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: خذوا على أيدي سفهائكم. [هب، ((الضعيفة)) (2284)]
(Lemah) Daripada Nu’man bin Basyir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Ambillah (pimpinlah) tangan orang-orang bodoh di kalangan kamu." [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2284]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman