Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اغْتَنِمُوا الْعَمَلَ وَبَادِرُوا الأَجَلَ وَاغْتَنِمُوا الْعِلْمَ فَإِنَّهُ يُدْفَعُ بِهِ عَنِ الرَّجُلِ وَأَهْلِهِ وَقَوْمِهِ وَمِصْرِهِ وَمَعَارِفِهِ فَكَأَنَّهُ قَدْ رَحَلَ وَجَهِدَ حَتَّى يُعَيَّرَ بِهِ كَمَا يُعَيَّرُ بِالزِّنَا وَالسَّرِقَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Ambillah peluang untuk beramal, bersegeralah (untuk menghadapi) kematian dan rebutlah ilmu. Ini kerana kematian menjauhkannya daripada ahli keluarganya, masyarakatnya, tempat tinggalnya dan ilmu pengetahuannya. Seakan-akan dia pergi bermusafir dan berjihad sehingga dia diaibkan seperti mana dia diaibkan dengan zina dan mencuri.
Sahabat Perawi
- ‘Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
عَائِشَة رفعته «اغْتَنِمُوا الْعَمَلَ وَبَادِرُوا الأَجَلَ وَاغْتَنِمُوا الْعِلْمَ فَإِنَّهُ يُدْفَعُ بِهِ عَنِ الرَّجُلِ وَأَهْلِهِ وَقَوْمِهِ وَمِصْرِهِ وَمَعَارِفِهِ فَكَأَنَّهُ قَدْ رَحَلَ وَجَهِدَ حَتَّى يُعَيَّرَ بِهِ كَمَا يُعَيَّرُ بِالزِّنَا وَالسَّرِقَةِ» فِيهِ الْحَكَمُ كَذَّابٌ أَحَادِيثُهُ مَوْضُوعَة.
Daripada ‘Aisyah yang diriwayatkan secara marfu’: “Ambillah peluang untuk beramal, bersegeralah (untuk menghadapi) kematian dan rebutlah ilmu. Ini kerana kematian menjauhkannya daripada ahli keluarganya, masyarakatnya, tempat tinggalnya dan ilmu pengetahuannya. Seakan-akan dia pergi bermusafir dan berjihad sehingga dia diaibkan seperti mana dia diaibkan dengan zina dan mencuri.” Dalam sanad hadis ini terdapat perawi yang bernama al-Hakam. Beliau ialah seorang pendusta. Kesemua hadis-hadis riwayatnya adalah palsu.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman