Ambillah peluang berdoa ketika jiwa merasa lemah lembut

TEKS BAHASA ARAB

اغتنموا الدعاء عند الرقة؛ فإنها رحمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ambillah peluang berdoa ketika jiwa merasa lemah lembut, kerana ia merupakan rahmat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1441, hadis nombor 7326. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن زيد بن أسلم، قال: قرأ أبي بن كعب عند النبي ﷺ فرقوا، فقال رسول الله ﷺ: اغتنموا الدعاء عند الرقة؛ فإنها رحمة.
[ابن شاهين، ((الضعيفة)) (2512)]

(Lemah)
Daripada Zaid bin Aslam, beliau berkata: Ubai bin Ka‘b pernah membaca di sisi Nabi SAW, lalu mereka pun merasa lembut jiwa. Lantas Rasulullah SAW bersabda: Ambillah peluang berdoa ketika jiwa merasa lemah lembut, kerana ia merupakan rahmat.
[Riwayat Ibn Shāhīn dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2512]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs