Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اغتنِموا الدُّعاءَ عندَ الرِّقَّةِ؛ فإنَّها رَحمةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Ambillah peluang berdoa ketika jiwa merasa lemah lembut, kerana ia merupakan rahmat.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Aslam RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1441, hadis no. 7326. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زيد بن أسلم، قال: قرأ أبي بن كعب عند النبي ﷺ فرقوا، فقال رسول الله ﷺ: اغتنموا الدعاء عند الرقة؛ فإنها رحمة. [ابن شاهين، ((الضعيفة)) (2512)]
(Lemah) Daripada Zaid bin Aslam, beliau berkata: Ubai bin Ka‘b pernah membaca di sisi Nabi SAW, lalu mereka pun merasa lembut jiwa. Lantas Rasulullah SAW bersabda: Ambillah peluang berdoa ketika jiwa merasa lemah lembut, kerana ia merupakan rahmat. [Riwayat Ibn Shāhīn dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2512]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman