Classification icon

Batil

30/06/2024

minit bacaan



Ambillah orang-orang berkulit hitam

Teks Bahasa Arab

حديث: اتَّخِذُوا السُّودَانَ. فَإِنَّ فِيهِمْ ثَلاثَةً مِنْ سَادَاتِ الْجَنَّةِ: لُقْمَانُ الْحَكِيمُ، وَالنَّجَاشِيُّ، وَبِلالٌ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Ambillah orang-orang berkulit hitam. Sesungguhnya dalam kalangan mereka terdapat tiga orang daripada pembesar-pembesar syurga: Luqman al-Hakim, al-Najasyi, dan Bilal.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 417, hadis no. 179. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن أنس مرفوعا. قيل: لا يصح، في إسناده: من لا يحتج به. وقد ذكره ابن الجوزي في موضوعاته. وقد أخرجه الطبراني، وله شاهد أخرجه الحاكم في المستدرك من حديث واثلة مرفوعا. خير السودان ثلاثة: لقمان الحكيم، وبلال، ومهجع مولى رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم. وقال: صحيح الإسناد.

Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dikatakan: Ia tidak sahih. Pada sanadnya terdapat perawi yang tidak boleh dijadikan hujah. Ibn al-Jauzi menyebutkannya dalam al-Maudhu'at. Diriwayatkan juga oleh al-Tabarani, ada riwayat sokongan yang diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak daripada hadith Wathilah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Sebaik-baik orang-orang hitam ada tiga: Luqman al-Hakim, Bilal dan Mihja’ maula Rasulullah SAW. Dia berkata: Sanadnya sahih.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.