Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خُذُوا من القُرآنِ ما شِئتُم لِما شِئتُم.
Teks Bahasa Melayu
Ambillah daripada al-Qur'an apa yang kamu mahukan untuk tujuan apa yang kamu mahukan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1408, hadis no. 7144. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له فيما أعلم) خذوا من القرآن ما شئتم لما شئتم. [((الضعيفة)) (557)]
(Tiada asal baginya pada pengetahuan saya) Ambillah daripada al-Qur'an apa yang kamu mahukan untuk tujuan apa yang kamu mahukan. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 557]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman