Ambillah darah ini dan tanamlah ia (supaya selamat) daripada binatang dan burung

TEKS BAHASA ARAB

خذ هذا الدم فادفنه من الدواب والطير، أوقال: الناس والدواب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ambillah darah ini dan tanamlah ia (supaya selamat) daripada binatang dan burung (ataupun Baginda menyebut: Manusia dan binatang).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 181, hadis nombor 923. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سفينة – رضي الله عنه -، قال: احتجم النبي – صلى الله عليه وسلم – ثم قال لي: ((خذ هذا الدم فادفنه من الدواب والطير، أوقال: الناس والدواب)). [المحاملي في ((الأمالي))، ابن حيويه الخزاز في ((حديثه))، عد، هق، ((الضعيفة)) (1074)]

(Lemah)
Daripada Safinah RA, beliau berkata: Nabi SAW berbekam, kemudian Baginda berkata kepadaku: Ambillah darah ini dan tanamlah ia (supaya selamat) daripada binatang dan burung (ataupun Baginda menyebut: Manusia dan binatang).
[Riwayat al-Mahamili dalam al-Amali, Ibn Al-Haywayh al-Khazaz dalam Kitab Hadis beliau, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi Al-Dhu’afa’ dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1074]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs