Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خُذِ الحبَّ مِن الحبِّ، والشاةَ من الغنَمِ، والبعيرَ من الإبلِ، والبقرةَ من البقرِ.
Teks Bahasa Melayu
Ambillah (bahagian zakat) biji dari biji - biji (gandum), kambing dari kambing - kambing, unta dari unta - unta dan lembu dari lembu - lembu.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 878, hadis no. 4499. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه- مرفوعا: ((خذ الحب من الحب، والشاة من الغنم، والبعير من الإبل، والبقرة من البقر)). [د، هـ، ك، هق، ((الضعيفة)) (3544)].
(Lemah) Daripada Muaz bin Jabal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Ambillah (bahagian zakat) biji dari biji - biji (gandum), kambing dari kambing - kambing, unta dari unta - unta dan lembu dari lembu - lembu.” [Riwayat Abu Daud dalam Sunan, Ibn Majah dalam Sunan, al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3544].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman