Ambillah bahagian agama kalian daripada al-Humaira’

TEKS BAHASA ARAB

 خُذُوا شَطْرَ دِينِكُمْ عَنِ الحُمَيْرَاءِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ambillah bahagian agama kalian daripada al-Humaira’.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Ciri 6 Hadis Itu Nyata Batilnya
Antaranya hadis tersebut nyata kebatilannya. Kebatilan kandungan hadis tersebut menunjukkan ia mustahil daripada kata-kata Rasulullah SAW…

….Semua hadis yang menyebutkan lafaz “Wahai Humaira” atau “al-Humaira” adalah penipuan lagi palsu…

…Contoh hadis berikutnya adalah:
خُذُوا شَطْرَ دِينِكُمْ عَنِ الحُمَيْرَاءِ
“Ambillah bahagian agama kalian daripada al-Humaira’.”
—————————————————-
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Ibnu Kasir berkata: Aku pernah bertanya guru kita al-Hafiz Abu al-Hajaj al-Mizzi tetapi dia tidak mengetahuinya. Dia berkata: “Aku tidak menemui sanadnya sehingga sekarang. Guru kita Abu Abdullah az-Zahabi berkata: Ia adalah hadis yang lemah yang tidak diketahui sanadnya”. Rujuk Tuhfatul Tulab (ms.170).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon