Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خُذْ مَا تَشَاءُ مِنَ الدُّنْيَا وَخُذْ بِقَدَرِهِ هَمًّا.
Teks Bahasa Melayu
Ambillah apa yang kamu sukai daripada perkara dunia dan bersedihlah sekadar sahaja (kerana dunia).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 35, hadis no. 126. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لعله من كلام بعض الحكماء وقد يستشهد له بحديث " الزهد في الدنيا يريح القلب والجسد ".
Boleh jadi ia bersumberkan ucapan sebahagian hukama', ia disokong oleh sebuah hadith: "Zuhud terhadap dunia boleh menenangkan hati dan jasad".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman