Ambillah anak panah ini sehingga engkau berjumpa denganku dengannya di syurga

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم ناول معاوية سهما. وقال: خذ هذا السهم حتى تلقاني به في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Nabi SAW memberikan Muawiyah satu anak panah. Baginda bersabda: Ambillah anak panah ini sehingga engkau berjumpa denganku dengannya di syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 405, hadis nombor 152. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أبي هريرة مرفوعا، وابن حبان عن جابر مرفوعا، وهوموضوع، وفي إسناده: من ليس بشيء. وقد روى عن أنس. وابن عمر مرفوعا.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), dan Ibn Hibban daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia adalah palsu. Pada sanadnya terdapat orang yang tiada suatu apapun (tidak boleh dijadikan hujah). Diriwayatkan juga daripada Anas dan Ibn Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW).

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.