Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خذْ هذا السيفَ فانطلِقْ فاضربْ عنقَ ابنِ عمِّ ماريةَ حيث وجدتَه.
Teks Bahasa Melayu
Ambil pedang ini, dan pancunglah sepupu Mariah di mana sahaja kamu temuinya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1059, hadis no. 5411. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Terlalu lemah) Daripada ‘A’ishah ra, beliau menceritakan: Mariah dihadiahkan kepada Rasulullah SAW bersama dengan sepupunya. Rasulullah SAW melakukan persetubuhan dengannya, sehingga beliau hamil. Baginda SAW tempatkan beliau bersama dengan sepupunya, sehingga ada mulut-mulut jahat menuduh, oleh kerana Muhammad terdesak mahu anak, dia dakwa anak orang lain sebagai anaknya. Mariah adalah seorang hamba yang sedikit susu dadanya, justeru beliau pun membeli seekor kambing untuk mendapatkan susunya bagi menyusukan anaknya, maka anaknya pun membesar dengan baik. Pada suatu hari, anaknya dibawa bertemu Rasulullah SAW. Baginda bertanya: Apa pendapat awak? Saya jawab: Kerana saya berikan dia susu kambing, dia membesar dengan baik. Baginda SAW: Tidakkah anak ini serupa dengan saya? Ketika itu saya diserang perasaan cemburu, sehingga saya sanggup berkata: Tak serupa pun. Sedangkan tuduhan-tuduhan jahat sudah sedia diketahui Rasulullah. Baginda lantas berkata kepada ‘Ali: Ambil pedang ini, dan pancunglah sepupu Mariah di mana sahaja kamu temuinya. Maka ‘Ali pun segera pergi, lalu beliau mendapati sepupu Mariah sedang memanjatkan pokok kurma memetik buah. Apabila dia terpandang ‘Ali dengan pedang yang terhunus, badannya terus terketar-ketar, lantas terlucut kain bawahnya. Rupanya Allah swt tidak menciptakan kemaluan lelaki padanya. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (4964)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman