Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ambil kiralah sesuatu tempat itu berdasarkan nama-namanya

Teks Bahasa Arab

اعْتَبِرُوا الأَرْضَ بأَسْمائِها واعْتَبِرُوا الصّاحِبَ بالصَّاحِبِ.

Teks Bahasa Melayu

Ambil kiralah sesuatu tempat itu berdasarkan nama-namanya dan ambil kiralah seseorang sahabat itu berdasarkan sahabatnya.

Sahabat Perawi

  1. Ibn Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 18, hadis no. 75. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia palsu sama ada secara marfu' atau secara mawquf, ia tidak disebutkan oleh Nabi SAW dan tidak juga disebutkan oleh Ibn Mas'ud. Tidak seorang pun sahabat yang mengetahui ciptaan-ciptaan fiqh yang baharu terjadi beberapa kurun selepas mereka.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.