Amaran supaya meninggalkan memakai cincin besi

TEKS BAHASA ARAB

ما طهر الله كفا فيها خاتم من حديد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah akan menyucikan tapak tangan yang ada padanya cincin besi.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1627, hadis nombor 8226. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن شمسية بنت نبهان، عن مولاها مسلم بن عبد الرحمن قال: رأيتُ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يبايع النساء يوم الفتح على الصفا، فجاءت امرأة كأن يدها يد الرجل فأبى أن يبايعها حتى ذهبت فغيرت يدها بصفرة، وأتاه رجل في يده خاتم من حديد، فقال: ((ما طهر الله كفا فيها خاتم من حديد)). [البزار، تخ، طس، ابن منده، ((الضعيفة)) (4457)].

(Sangat Lemah)
Daripada Shamsiah binti Nabhan, daripada mawlanya Muslim bin Abd al-Rahman RA berkata: Aku telah melihat Rasulullah SAW berbai’ah dengan wanita pada hari pembukaan kota Makkah di atas bukit Safa. Lalu datang seorang wanita yang mana tangannya seperti tangan lelaki maka Baginda tidak mahu berbai’ah dengannya sehinggalah dia pergi lalu menukarkan (rupa) tangannya dengan mewarnakan ia dengan warna kuning, dan datang pula seorang lelaki di tangannya terdapat cincin besi. Maka Baginda bersabda: ((Allah tidak akan menyucikan tapak tangan yang ada padanya cincin besi (amaran supaya meninggalkan perbuatan tersebut).))
[Riwayat al-Bazzar, al-Bukhari dalam al-Tārīkh al-Kabīr, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, dan Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4457].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs