Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
العرفُ ينقطعُ فيما بينَ الناسِ، ولا ينقطعُ فيما بينَ اللهِ وبينَ مَنْ فعلهُ.
Teks Bahasa Melayu
Amar makruf itu mungkin boleh memutuskan apa yang terdapat antara manusia. Namun ia tidak memutuskan apa yang ada antara Allah SWT dengan mereka yang melakukannya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 72, hadis no. 339. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((العرف ينقطع فيما بين الناس، ولا ينقطع فيما بين الله وبين من فعله)). [فر، ((الضعيفة)) (3937)]
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfū‘: “Amar makruf itu mungkin boleh memutuskan apa yang terdapat antara manusia. Namun ia tidak memutuskan apa yang ada antara Allah SWT dengan mereka yang melakukannya.” [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3937).
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman