Amalan yang terbaik di sisi Allah ialah iman yang tiada keraguan padanya

TEKS BAHASA ARAB

أفضل الأعمال عند الله إيمان لا شك فيه وغزو لا غلول فيه وحج مبرور. قال أبو هريرة: حجة مبرورة تكفر الخطايا سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Amalan yang terbaik di sisi Allah ialah iman yang tiada keraguan padanya, peperangan yang tiada penipuan ketika pembahagian harta rampasan dan haji yang mabrur. Abu Hurairah berkata: Haji yang mabrur menghapuskan dosa selama setahun.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1019-1020, hadis nombor 5244. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ وقول أبي هريرة) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: أفضل الأعمال عند الله: إيمان لا شك فيه وغزو لا غلول فيه وحج مبرور. قال أبو هريرة: حجة مبرورة تكفر الخطايا سنة. [الطيالسي, حب, حم, الضعيفة (6367)]

(Munkar dengan lafaz ini dan ucapan Abu Hurairah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Amalan yang terbaik di sisi Allah ialah iman yang tiada keraguan padanya, peperangan yang tiada penipuan ketika pembahagian harta rampasan dan haji yang mabrur. Abu Hurairah berkata: Haji yang mabrur menghapuskan dosa selama setahun. [Riwayat Al-Tayalisi dalam al-Musnad, Ibn Hibban dalam kitab al-Sahih, Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no 6367]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs