Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أفضلُ الأعمالِ عند اللهِ : إيمانٌ لا شكَّ فيه ، وغزوٌ لا غلولَ فيه ، وحجٌّ مبرورٌ . قال أبو هريرةَ : حجَّةٌ مبرورةٌ تُكفِّرُ الخطايا سَنَةً
Teks Bahasa Melayu
Amalan yang terbaik di sisi Allah ialah iman yang tiada keraguan padanya, peperangan yang tiada penipuan ketika pembahagian harta rampasan dan haji yang mabrur. Abu Hurairah berkata: Haji yang mabrur menghapuskan dosa selama setahun.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1019-1020, hadis no. 5244. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا اللفظ وقول أبي هريرة) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: أفضل الأعمال عند الله: إيمان لا شك فيه وغزو لا غلول فيه وحج مبرور. قال أبو هريرة: حجة مبرورة تكفر الخطايا سنة. [الطيالسي, حب, حم, الضعيفة (6367)]
(Munkar dengan lafaz ini dan ucapan Abu Hurairah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Amalan yang terbaik di sisi Allah ialah iman yang tiada keraguan padanya, peperangan yang tiada penipuan ketika pembahagian harta rampasan dan haji yang mabrur. Abu Hurairah berkata: Haji yang mabrur menghapuskan dosa selama setahun. [Riwayat Al-Tayalisi dalam al-Musnad, Ibn Hibban dalam kitab al-Sahih, Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no 6367]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman