Amalan yang sedikit menepati sunnah lebih baik berbanding amalan yang banyak dalam bidaah

TEKS BAHASA ARAB

عمل قليل في سنة؛ خير من عمل كثير في بدعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Amalan yang sedikit menepati sunnah lebih baik berbanding amalan yang banyak dalam bidaah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1269, hadis nombor 6496. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الحسن، قال: بلغنا أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: عمل قليل في سنة؛ خير من عمل كثير في بدعة.
[القضاعي، ((الضعيفة)) (3917)]

(Lemah)
Daripada al-Hasan, katanya: Telah sampai berita kepada kami bahawa Rasulullah SAW bersabda: Amalan yang sedikit menepati sunnah lebih baik berbanding amalan yang banyak dalam bidaah.
[Riwayat al-Quda'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3917]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs