Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عملٌ قليلٌ في سُنَّةٍ؛ خيرٌ من عملٍ كثيرٍ في بِدعةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Amalan yang sedikit menepati sunnah lebih baik berbanding amalan yang banyak dalam bidaah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1269, hadis no. 6496. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن، قال: بلغنا أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: عمل قليل في سنة؛ خير من عمل كثير في بدعة. [القضاعي، ((الضعيفة)) (3917)]
(Lemah) Daripada al-Hasan, katanya: Telah sampai berita kepada kami bahawa Rasulullah SAW bersabda: Amalan yang sedikit menepati sunnah lebih baik berbanding amalan yang banyak dalam bidaah. [Riwayat al-Quda'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3917]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman