Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ قَلِيلَ الْعَمَلِ يَنْفَعُ مَعَ الْعِلْمِ، وَإِنَّ كَثِيرَ الْعَمَلِ لَا يَنْفَعُ مَعَ الْجَهْلِ.
Teks Bahasa Melayu
Amalan yang sedikit akan bermanfaat (apabila) bersama ilmu, sedangkan amalan yang banyak tidak bermanfaat (apabila) bersama kejahilan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1296, hadis no. 6629. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Seorang lelaki telah datang bertemu Rasulullah SAW lalu bertanya: Wahai Rasulullah! Amalan manakah yang paling utama? Baginda menjawab: Ilmu tentang Allah 'Azza wa jalla. Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Amalan manakah yang paling utama? Baginda menjawab: Ilmu tentang Allah. Lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah! Aku bertanya anda berkenaan amal tapi anda memberitahu saya tentang ilmu. Rasulullah SAW pun bersabda: Amalan yang sedikit akan bermanfaat (apabila) bersama ilmu, sedangkan amalan yang banyak tidak bermanfaat (apabila) bersama kejahilan. [Riwayat al-Hakim, Ibn 'Abd al-Bar dalam al-Jami'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7031].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman