Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أفضلَ عملِ المؤمنِ الجهادُ في سبيلِ اللهِ
Teks Bahasa Melayu
Amalan yang paling utama bagi orang yang beriman adalah jihad di jalan Allah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1951, hadis no. 9772. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رجال قالوا: جَاءَ بِلالٌ إِلَى أَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقَالَ: يَا خَلِيفَةَ رَسُولِ اللَّهِ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ أَفْضَلَ عَمَلِ الْمُؤْمِنِ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ. وَقَدْ أَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَ نَفْسِي فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى أَمُوتَ، فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ: أَنَا أَنْشُدُكَ بِاللَّهِ يَا بِلالُ وَحُرْمَتِي وَحَقِّي، لَقَدْ كَبِرَتْ سِنِّي، وَضَعُفَتْ قُوَّتِي، وَاقْتَرَبَ أَجَلِي. فَأَقَامَ بِلالٌ مَعَهُ، فَلَمَّا تُوُفِّيَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ؛ جَاءَ عُمَرُ، فَقَالَ لَهُ مِثْلَ مَا قَالَ أَبُو بَكْرٍ، فَأَبَى بِلالٌ عَلَيْهِ، فَقَالَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: فَمَنْ يَا بِلالُ؟ فَقَالَ: إِلَى سَعْدٍ، فَإِنَّهُ قَدْ أَذَّنَ بِقُبَاءَ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَجَعَلَ عُمَرُ الأَذَانَ إِلَى سَعْدٍ، وَعَقِبِه. [طب، ((الضعيفة)) (7065)]
(Lemah) Daripada beberapa orang lelaki. Mereka mengatakan: Bilal datang bertemu Abu Bakar RA. Beliau berkata: Wahai pengganti Rasulullah, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Amalan yang paling utama bagi orang yang beriman adalah jihad di jalan Allah. Aku ingin mengikat diri aku pada jalan Allah sehingga aku meninggal dunia. Abu Bakar berkata: Aku menyahut permintaan kamu wahai Bilal. Demi hak dan kehormatan aku, umur aku makin tua, kekuatan aku makin merudum dan ajal sudah semakin dekat. Lalu Bilal berada di samping Abu Bakar. Apabila Abu Bakar meninggal dunia, Bilal datang bertemu Umar dan menyebut perkara yang sama yang pernah disampaikan kepada Abu Bakar. Umar berkata: Lalu siapa yang akan melaungkan azan wahai Bilal? Bilal menjawab: Serahkan kepada Sa’ad. Beliau pernah melaungkan azan di Quba’ ketika zaman Rasulullah SAW masih hidup. Lantas Umar menyerahkan tugas melaungkan azan kepada Sa’ad. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7065]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman