Classification icon

Batil

30/06/2024

minit bacaan



Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah zikir kepada Allah

Teks Bahasa Arab

أحَبُّ الأعمالِ إلى اللَّهِ ذِكْرُ اللَّهِ، قُلنا: ومنَ الغَزوِ في سبيلِ اللَّهِ؟ قالَ: نعَم، ولَو ضربَ بسيفِهِ الكفَّارَ حتَّى يختَضِبَ دمًا لَكانَ ذاكرُ اللَّهِ أفضلَهُم درجةً.

Teks Bahasa Melayu

Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah berzikir kepada Allah. Kami pun bertanya lagi: Berbanding berperang pada jalan Allah? Baginda bersabda: Ya, walaupun dia memukul orang-orang kafir menggunakan pedangnya hingga bercucuran darah, pastilah orang yang berzikir kepada Allah melebihi mereka dari sudut kedudukan.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1450, hadis no. 7375. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أبي سعيد -رضي الله عنه-، قال: قلنا: يا رسول الله! أي الأعمال أحب إلى الله؟ قال: ((ذكر الله)). قلنا: ومن الغزو في سبيل الله؟ قال: ((نعم، ولو ضرب بسيفه الكفار حتى يختضب دماً؛ لكان ذاكر الله أفضلهم درجة)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3312)].

(Batil) Daripada Abū Sa‘īd RA, beliau berkata: Kami pernah bertanya: “Wahai Rasulullah! Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah?”. Baginda menjawab: “Berzikir kepada Allah”. Kami pun bertanya lagi: “Berbanding berperang pada jalan Allah?”. Baginda bersabda: “Ya, walaupun dia memukul orang-orang kafir menggunakan pedangnya hingga bercucuran darah, pastilah orang yang berzikir kepada Allah melebihi mereka dari sudut kedudukan”. [Riwayat Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3312].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.