Amalan yang paling disukai oleh Allah Azza wa Jalla

TEKS BAHASA ARAB

أحب الأعمال إلى الله عز وجل، تعجيل الصلاة لأول وقتها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Amalan yang paling disukai oleh Allah Azza wa Jalla adalah mendahulukan solat di awal waktunya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 248, hadis nombor 1287. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم فروة – رضي الله عنها -، قالت: سمعت رسول اللہ – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((أحب الأعمال إلى الله – عز وجل -، تعجيل الصلاة لأول وقتها)). [قط، ك، حم، ((الضعيفة)) (1832)]

(Lemah)
Daripada Ummu Farwah RA beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Amalan yang paling disukai oleh Allah Azza wa Jalla adalah mendahulukan solat di awal waktunya.
[Riwayat al-Daraqutni dalam Sunan beliau, al-Hakim dalam Mustadrak beliau dan Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1832]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs