Amalan yang paling disukai di sisi Allah SWT adalah saling berkasih sayang kerana-Nya

TEKS BAHASA ARAB

أحب الأعمال إلى الله الحب في الله، والبغض في الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya amalan yang paling disukai di sisi Allah adalah saling berkasih sayang kerana Allah dan juga membenci kerana-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 24, hadis nombor 68. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ذر – رضي الله عنه – قال: خرج إلينا رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقال: أتدرون أي الأعمال أحب إلى الله – عز وجل-؟ قال قائل: الصلاة والزكاة، وقال قائل: الجهاد، قال: ((إن أحب الأعمال إلى الله الحب في الله، والبغض في الله)).
[حم، ((الضعيفة)) (1833)]

(Lemah) Daripada Abu Dzar RA beliau berkata: Rasulullah SAW keluar menuju ke arah kami, lalu Baginda bersabda: Tahukah kamu amalan apakah yang paling disukai di sisi Allah Azzawajalla? Seorang lelaki berkata: Solat dan zakat. Manakala seorang lagi berkata: Jihad. Lalu Baginda bersabda: Sesungguhnya amalan yang paling disukai di sisi Allah adalah saling berkasih sayang kerana Allah dan juga membenci kerana-Nya.
[Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1833]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs