Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَحَبُّ الأعمالِ إلى اللهِ الحُبُّ في اللهِ، والبُغْضُ في اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya amalan yang paling disukai di sisi Allah adalah saling berkasih sayang kerana Allah dan juga membenci kerana-Nya.
Sahabat Perawi
- Abu Zar al-Ghifari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 24, hadis no. 68. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي ذر - رضي الله عنه - قال: خرج إلينا رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فقال: أتدرون أي الأعمال أحب إلى الله - عز وجل-؟ قال قائل: الصلاة والزكاة، وقال قائل: الجهاد، قال: ((إن أحب الأعمال إلى الله الحب في الله، والبغض في الله)). [حم، ((الضعيفة)) (1833)]
(Daif) Daripada Abu Darda’ RA beliau berkata: Ketika kami sedang duduk bersama dengan Rasulullah SAW berbincang mengenai apa yang berlaku, tiba-tiba Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu mendengar tentang bukit yang beralih daripada tempatnya maka percayalah. Dan apabila kamu mendengar tentang seorang lelaki yang berubah akhlaknya maka janganlah kamu membenarkannya (khabar berita daripadanya). Sesungguhnya ia berubah kepada apa yang diarahkan kepadanya." [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.135]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman