Amalan yang paling disukai Allah SWT adalah menjaga lisan

TEKS BAHASA ARAB

أحب الأعمال إلى الله حفظ اللسان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Amalan yang paling disukai Allah SWT: Ia adalah menjaga lisan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 184, hadis nombor 943. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي جحيفة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((أي الأعمال أحب إلى الله – عز وجل-؟)) قال: فسكتوا، فلم يجبه أحد. فقال: ((هو حفظ اللسان)). [أبو عبدالله القطان في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (1615)]

(Lemah)
Daripada Abu Juhaifah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bertanya: "Apakah amalan yang paling Allah sukai? (Perawi) berkata: Mereka semua senyap, tiada seorang pun yang menjawab. Lalu Baginda bersabda: (Amalan yang paling disukai Allah SWT) Ia adalah menjaga lisan."
[Riwayat Abu ‘Abdillah al-Qattan dalam Hadis beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1615]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs