TEKS BAHASA ARAB
أشد الأعمال ثلاثة: إنصاف الناس من نفسك، ومواساة الأخ من مالك، وذكر الله على كل حال.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Amalan yang paling berat itu ada tiga: Sifat insaf daripada dirimu terhadap orang ramai, membantu meringankan seorang saudara dengan hartamu, serta mengingati Allah SWT dalam setiap keadaan.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 47, hadis nombor 190. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أشد الأعمال ثلاثة: إنصاف الناس من نفسك، ومواساة الأخ من مالك، وذكر الله على كل حال)).
[الرفاعي، ((الضعيفة)) (3311)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Amalan yang paling berat itu ada tiga: Sifat insaf daripada dirimu terhadap orang ramai, membantu meringankan seorang saudara dengan hartamu, serta mengingati Allah SWT dalam setiap keadaan.
[Riwayat al-Rifā‘ī dalam Tārikhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3311]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.