Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أشدُّ الأعمالِ ثلاثه: إنصافُ النَّاسِ من نفسِكَ، ومواساه الأخِ من مالِكَ، وَذِكْرُ اللهِ علَى كلِّ حالٍ.
Teks Bahasa Melayu
Amalan yang paling berat itu ada tiga: Sifat insaf daripada dirimu terhadap orang ramai, membantu meringankan seorang saudara dengan hartamu, serta mengingati Allah SWT dalam setiap keadaan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 47, hadis no. 190. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Amalan yang paling berat itu ada tiga: Sifat insaf daripada dirimu terhadap orang ramai, membantu meringankan seorang saudara dengan hartamu, serta mengingati Allah SWT dalam setiap keadaan. [Riwayat al-Rifā‘ī dalam Tārikhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3311]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman