Daif

30/06/2024

minit bacaan



Amalan yang paling baik selepas beriman kepada Allah adalah bersifat penyayang

Teks Bahasa Arab

أفضلُ الأعمالِ بعدَ الإيمانِ باللهِ التودُّدُ إلى الناسِ.

Teks Bahasa Melayu

Amalan yang paling baik selepas beriman kepada Allah adalah bersifat penyayang kepada orang ramai.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 180, hadis no. 915. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعاً: أفضل الأعمال بعد الإيمان بالله التودد إلى الناس. [الطبراني في ((مختصر مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (1395)]

(Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Amalan yang paling baik selepas beriman kepada Allah adalah bersifat penyayang kepada orang ramai. [Riwayat al-Tabarani dalam Mukhtasar Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1395]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.