Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أفضلُ العملِ النيةُ الصادقَةُ.
Teks Bahasa Melayu
Amalan yang paling baik ialah niat yang tulus.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 144, hadis no. 726. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: إن رجلاً، قال: يا رسول الله، ما أفضل العمل؟ قال: ((النية الصادقة)).[الحكيم الترمذي، ((الضعيفة)) (7034)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Bahawasanya seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, apakah amalan yang paling baik? Baginda menjawab: Niat yang tulus. [Riwayat al-Hakīm al-Tirmizī dalam Nawādir al-Uṣūl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7034]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman