Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Amalan yang paling baik ialah niat yang benar

Teks Bahasa Arab

أفضلُ العملِ النيَّةُ الصادقةُ.

Teks Bahasa Melayu

Amalan yang paling baik ialah niat yang benar.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 564, hadis no. 2924.

(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - قال: إن رجلاً، قال: يا رسول الله ما أفضل العمل؟ قال: «النية ‌الصادقة». [الحكيم، ((الضعيفة)) (7034)].

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Sesungguhnya seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah apakah amalan yang paling baik?” Baginda menjawab: “Niat yang benar”. [Riwayat al-Ḥakīm al-Tirmidhī dalam Nawādir al-Uṣūl fī Ma‘rifah Aḥādīth al-Rasūl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7034].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.