Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Amalan yang paling baik ialah ilmu tentang Allah

Teks Bahasa Arab

أفضلُ الأعمالِ العلمُ باللهِ، إنَّ العلمَ ينفعُكَ معهُ قليلُ العملِ وكثيرُهُ، وإنَّ الجهلَ لا ينفعُكَ معهُ قليلُ العملِ ولا كثيرُه.

Teks Bahasa Melayu

Amalan yang paling baik ialah ilmu tentang Allah. Sesungguhnya ilmu itu bermanfaat buat kamu, (sama ada) bersamanya sedikit atau banyak amalan. Adapun sesungguhnya kebodohan itu tidak bermanfaat buat kamu, tidak ketika bersamanya sedikit amalan tidak juga banyaknya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 563-564, hadis no. 2923.

(موضوع) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - قال: جاء [رجل إلى] رسول الله ﷺ فقال: يا رسول الله! أي ‌الأعمال ‌أفضل؟ قال: «العلم بالله - عز وجل -»، قال: يا رسول الله! أي ‌الأعمال ‌أفضل؟ قال: «العلم بالله»، قال: يا رسول الله أسالك عن العمل وتخبرني عن العلم؟ فقال رسول الله ﷺ: «إن قليل العمل ينفع مع العلم، وإن كثير العمل لا ينفع مع الجهل». [ابن عبد البر في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (7031)].

(Palsu) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: “Datang [seorang lelaki kepada] Rasulullah ﷺ lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Amalan apakah yang paling baik?” Baginda menjawab: “llmu tentang Allah Azzawajalla.” Dia bertanya: “Wahai Rasulullah! Amalan apakah yang paling baik?” Baginda menjawab: “Ilmu tentang Allah.” Dia bertanya: “Wahai Rasulullah aku bertanya kepada kamu tentang amalan, tetapi kamu memberitahu aku tentang ilmu?” Maka Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya sedikit amalan itu bermanfaat bersama ilmu. Adapun sesungguhnya banyak amalan itu tidak bermanfaat bersama kebodohan.” [Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr dalam al-Jāmi‘. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7031].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.