Amalan yang paling baik ialah akhlak yang baik dan janganlah kamu marah sekiranya kamu mampu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أفضل الأعمال حسن الخلق، وأن لا تغضب إن استطعت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Amalan yang paling baik ialah akhlak yang baik dan janganlah kamu marah sekiranya kamu mampu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 144, hadis nombor 725. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي العلاء بن الشخير، قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم من تلقاء وجهه، فقال: أي الأعمال أفضل؟ فقال: ((حسن الخلق)). وأتى من بعده فقال: أي الأعمال أفضل؟ فرفع رأسه إليه فقال: ((أما تفقه؟ هو أن لا تغضب إن استطعت)). [الخرائطي في ((مساوئ الأخلاق))، ((الضعيفة)) (7032)]

(Lemah)
Daripada Abū Al-‘Alā’ bin al-Shikhkhīr, beliau berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW dari arah hadapan, lalu dia bertanya: Apakah ia amalan yang paling baik? Baginda menjawab: Akhlak yang baik. Kemudian datang seseorang selepasnya dan bertanya: Apakah ia amalan yang paling baik? Lalu baginda mengangkat kepalanya ke arah lelaki itu dan berkata: Tidakkah kamu mengetahuinya? Iaitu janganlah kamu marah sekiranya kamu mampu.
[Riwayat al-Kharā’iṭī dalam Masāwi’ al-Akhlāq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7032]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.