Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أفضلُ الأعمالِ حُسْنُ الخُلُقِ، وأن لا تغضبَ إنِ استطعتَ.
Teks Bahasa Melayu
Amalan yang paling baik ialah akhlak yang baik dan janganlah kamu marah sekiranya kamu mampu.
Sahabat Perawi
- Abū Al-‘Alā’ bin al-Shikhkhīr
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 144, hadis no. 725. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي العلاء بن الشخير، قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم من تلقاء وجهه، فقال: أي الأعمال أفضل؟ فقال: ((حسن الخلق)). وأتى من بعده فقال: أي الأعمال أفضل؟ فرفع رأسه إليه فقال: ((أما تفقه؟ هو أن لا تغضب إن استطعت)). [الخرائطي في ((مساوئ الأخلاق))، ((الضعيفة)) (7032)]
(Daif) Daripada Abū Al-‘Alā’ bin al-Shikhkhīr, beliau berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW dari arah hadapan, lalu dia bertanya: Apakah ia amalan yang paling baik? Baginda menjawab: Akhlak yang baik. Kemudian datang seseorang selepasnya dan bertanya: Apakah ia amalan yang paling baik? Lalu baginda mengangkat kepalanya ke arah lelaki itu dan berkata: Tidakkah kamu mengetahuinya? Iaitu janganlah kamu marah sekiranya kamu mampu. [Riwayat al-Kharā’iṭī dalam Masāwi’ al-Akhlāq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7032]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman