Amalan yang paling baik adalah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أفضل الأعمال الحب في الله، والبغض في الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Amalan yang paling baik adalah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 21, hadis nombor 55. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ذر – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((أفضل الأعمال الحب في الله، والبغض في الله)).
[د، حم، ((الضعيفة)) (1310، 1833)]

(Lemah) Daripada Abu Dzar RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Amalan yang paling baik adalah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah.
[Riwayat Sunan Abī Dāwud dan Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1310, 1833]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.