Amalan yang paling afdal dalam Islam: Solat dan jihad

TEKS BAHASA ARAB

إن رجلاً جاء إلى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فساله عن أفضل الأعمال؟ فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: الصلاة. ثم قال: مه؛ قال: الصلاة. ثم قال: مه؛ قال: الصلاة (ثلاث مرات). قال: فلما غلب عليه؛ قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: الجهاد في سبيل الله. قال الرجل: فإن لي والدين. قال – صلى الله عليه وسلم -: آمرك بالوالدين خيراً. قال: والذي بعثك بالحق نبياً! لأجاهدن، ولأتركنهما. قال: أنت أعلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki telah datang bertemu dengan Nabi SAW lalu bertanya kepada Baginda SAW tentang amalan yang paling afdal. Maka Rasulullah SAW menjawab: “Solat.” Kemudian lelaki itu bertanya: “Apa lagi?” Baginda SAW telah menjawab: “Solat.” Lelaki itu bertanya: “Apa lagi?” Baginda SAW telah menjawab: “Solat.” (tiga kali). Kemudian setelah dia memberatkan baginda. Rasulullah SAW bersabda: “Berjihad di jalan Allah.” Lelaki itu pun berkata: “Sesungguhnya aku masih mempunyai dua ibubapa.” Rasulullah SAW bersabda: “Aku mengarahkan agar kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa kamu.” Lelaki itu pun berkata: “Demi yang telah mengutuskan kamu sebagai seorang Nabi yang benar, aku akan pergi berjihad dan akan meninggalkan mereka berdua.” Rasulullah SAW telah bersabda: “Kamu lebih mengetahui”.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 108, hadis nombor 557. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما-، قال: إن رجلاً جاء إلى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فساله عن أفضل الأعمال؟ فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: الصلاة. ثم قال: مه؛ قال: الصلاة. ثم قال: مه؛ قال: الصلاة (ثلاث مرات). قال: فلما غلب عليه؛ قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: الجهاد في سبيل الله. قال الرجل: فإن لي والدين. قال – صلى الله عليه وسلم -: آمرك بالوالدين خيراً. قال: والذي بعثك بالحق نبياً! لأجاهدن، ولأتركنهما. قال: أنت أعلم.
[حب، حم، ((الضعيفة)) (5819)]

(Munkar)
Daripada Abdullah ibn ‘Amr RA berkata: Seorang lelaki telah datang bertemu dengan Nabi SAW lalu bertanya kepada Baginda SAW tentang amalan yang paling afdal. Maka Rasulullah SAW menjawab: “Solat.” Kemudian lelaki itu bertanya: “Apa lagi?” Baginda SAW telah menjawab: “Solat.” Lelaki itu bertanya: “Apa lagi?” Baginda SAW telah menjawab: “Solat.” (tiga kali). Kemudian setelah dia memberatkan baginda. Rasulullah SAW bersabda: “Berjihad di jalan Allah.” Lelaki itu pun berkata: “Sesungguhnya aku masih mempunyai dua ibubapa.” Rasulullah SAW bersabda: “Aku mengarahkan agar kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa kamu.” Lelaki itu pun berkata: “Demi yang telah mengutuskan kamu sebagai seorang Nabi yang benar, aku akan pergi berjihad dan akan meninggalkan mereka berdua.” Rasulullah SAW telah bersabda: “Kamu lebih mengetahui”.
[Riwayat Ṣaḥiḥ Ibn Ḥibban, Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (5819)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs