Amalan yang baik tidak boleh (yakni kebiasaannya tidak) dilakukan kecuali oleh orang yang mempunyai keturunan yang baik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا تصلح الصنيعة إلا عند ذي حسب أو دين، كما لا تصلح الرياضة إلا في نجيب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Amalan yang baik tidak boleh (yakni kebiasaannya tidak) dilakukan kecuali oleh orang yang mempunyai keturunan yang baik atau beragama, sepertimana halnya riadhah tidak boleh (tidak sesuai) dilakukan kecuali orang yang mahir.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 865, hadis nombor 4423. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((لا تصلح الصنيعة إلا عند ذي حسب أو دين، كما لا تصلح الرياضة إلا في نجيب)). [عق، خط، ابن الأعرابي الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، نصر القاري في ((حديث أبي بكر بن طلحة))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (778)].

(Sangat Lemah)
Daripada Aisyah RA secara marfu’: “Amalan yang baik tidak boleh (yakni kebiasaannya tidak) dilakukan kecuali oleh orang yang mempunyai keturunan yang baik atau beragama, sepertimana halnya riadhah tidak boleh (tidak sesuai) dilakukan kecuali orang yang mahir.”
[Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhuafa’ al-Kabir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn al-A’rabi, al-Kalabazi dalam Miftah al-Maani, Nasr al-Qari dalam Hadis Abu Bakr bin Talhah, dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 778].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.