Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تصلُحُ الصَّنيعَةُ إلَّا عندَ ذي حَسَبٍ أو دينٍ، كما لا تصلُحُ الرِّياضةُ إلَّا في نَجيبِ.
Teks Bahasa Melayu
Amalan yang baik tidak boleh (yakni kebiasaannya tidak) dilakukan kecuali oleh orang yang mempunyai keturunan yang baik atau beragama, sepertimana halnya riadhah tidak boleh (tidak sesuai) dilakukan kecuali orang yang mahir.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 865, hadis no. 4423. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Aisyah RA secara marfu’: “Amalan yang baik tidak boleh (yakni kebiasaannya tidak) dilakukan kecuali oleh orang yang mempunyai keturunan yang baik atau beragama, sepertimana halnya riadhah tidak boleh (tidak sesuai) dilakukan kecuali orang yang mahir.” [Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhuafa’ al-Kabir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn al-A’rabi, al-Kalabazi dalam Miftah al-Maani, Nasr al-Qari dalam Hadis Abu Bakr bin Talhah, dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 778].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman