Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَنْسُ المساجِدِ؛ مُهُورُ الحُورِ العِين.
Teks Bahasa Melayu
Amalan membersihkan masjid-masjid merupakan mahar (mas kahwin) bagi bidadari.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1337, hadis no. 6832. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: كنس المساجد؛ مهور الحور العين. [ابن الجوزي ((العلل المتناهية))، ((الضعيفة)) (4147)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Amalan membersihkan masjid-masjid merupakan mahar (mas kahwin) bagi bidadari. [Riwayat Ibn al-Jawzi dalam al-'Ilal al-Mutanahiyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4147]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman