Amalan membaca surah al-Sajdah dan surah al-Mulk sebelum tidur

TEKS BAHASA ARAB

أمرني جبريل أن لا أنام إلا على قراءة {حم السجدة}، و{تبارك الذي بيده الملك}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril AS telah memerintahkan kepadaku agar tidak tidur melainkan setelah membaca surah al-Sajdah dan surah al-Mulk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1430, hadis nombor 7267. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن علي بن أبي طالب وأنس بن مالك رضي الله عنهما، قالا: قال رسول الله ﷺ: أمرني جبريل أن لا أنام إلا على قراءة {حم السجدة}، و{تبارك الذي بيده الملك}.
[فر، ((الضعيفة)) (2412)]

(Lemah)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA dan Anas bin Malik RA, kedua-dua mereka berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jibril AS telah memerintahkan kepadaku agar tidak tidur melainkan setelah membaca surah al-Sajdah dan surah al-Mulk.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2412]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs