Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَمرَني جِبريلُ أن لا أَنامَ إلَّا على قِراءةِ {حم السَّجدةِ}، و{تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ}.
Teks Bahasa Melayu
Jibril AS telah memerintahkan kepadaku agar tidak tidur melainkan setelah membaca surah al-Sajdah dan surah al-Mulk.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1430, hadis no. 7267. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي بن أبي طالب وأنس بن مالك رضي الله عنهما، قالا: قال رسول الله ﷺ: أمرني جبريل أن لا أنام إلا على قراءة {حم السجدة}، و{تبارك الذي بيده الملك}. [فر، ((الضعيفة)) (2412)]
(Lemah) Daripada 'Ali bin Abi Talib RA dan Anas bin Malik RA, kedua-dua mereka berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jibril AS telah memerintahkan kepadaku agar tidak tidur melainkan setelah membaca surah al-Sajdah dan surah al-Mulk. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2412]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman