Amalan itu ada tujuh

TEKS BAHASA ARAB

الأعمال سبعة: عملان موجبان، وعملان بأمثالهما، وعمل بعشرة أمثاله، وعمل بسبع مئة ضعف، وعمل لا يعلم ثواب عامله إلا الله: فأما الموجبان؛ فمن لقي الله عز وجل [يعبده] لا يشرك به شيئا؛ وجبت له الجنة، ومن لقي الله يشرك به شيئا وجبت له النار. ومن عمل سيئة؛ جزي بها، ومن أراد أن يعمل حسنة فلم يعملها؛ جزي مثلها. ومن عمل حسنة؛ جزي عشرا. ومن أنفق ماله في سبيل الله؛ ضعفت له نفقته: الدرهم بسبع مئة، والدينار بسبع مئة. والصيام لا يعلم ثواب عامله إلا الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Amalan itu ada tujuh (jenis): Dua amalan yang mewajibkan (balasan), dua amalan dengan (ganjaran) yang sama, satu amalan dengan (ganjaran) sepuluh kali ganda, satu amalan dengan (ganjaran) tujuh ratus kali ganda dan satu amalan yang tidak diketahui pahala pelakunya melainkan Allah. Adapun dua amalan yang mewajibkan (balasan); barang siapa yang bertemu Allah Azzawajalla dalam keadaan (menyembah-Nya), tidak menyekutukan-Nya dengan suatu apapun, nescaya wajiblah syurga baginya. Manakala barang siapa bertemu Allah dalam keadaan menyekutukan-Nya dengan suatu apapun, nescaya wajiblah neraka baginya. Barang siapa yang berbuat keburukan, nescaya dia akan dibalas dengan perbuatan itu. Barang siapa yang ingin melakukan kebaikan namun tidak melakukannya, nescaya dia akan diganjarkan dengan perbuatan itu. Barang siapa yang berbuat suatu kebaikan, nescaya diganjarkan sepuluh (ganda). Barang siapa yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, nescaya akan digandakan baginya belanjanya: satu dirham dengan (gandaan) tujuh ratus dan satu dinar dengan (gandaan) tujuh ratus. Puasa pula, tidak ada yang mengetahui pahala pelakunya melainkan Allah Azzawajalla.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 505, hadis nombor 2694. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: «الأعمال سبعة: عملان موجبان، وعملان بأمثالهما، وعمل بعشرة أمثاله، وعمل بسبع مئة ضعف، وعمل لا يعلم ثواب عامله إلا الله: فأما الموجبان؛ فمن لقي الله عز وجل [يعبده] لا يشرك به شيئا؛ وجبت له الجنة، ومن لقي الله يشرك به شيئا وجبت له النار. ومن عمل سيئة؛ جزي بها، ومن أراد أن يعمل حسنة فلم يعملها؛ جزي مثلها. ومن عمل حسنة؛ جزي عشرا. ومن أنفق ماله في سبيل الله؛ ضعفت له نفقته: الدرهم بسبع مئة، والدينار بسبع مئة. والصيام لا يعلم ثواب عامله إلا الله عز وجل». [طس، هب، «الضعيفة» (5187)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Amalan itu ada tujuh (jenis): Dua amalan yang mewajibkan (balasan), dua amalan dengan (ganjaran) yang sama, satu amalan dengan (ganjaran) sepuluh kali ganda, satu amalan dengan (ganjaran) tujuh ratus kali ganda dan satu amalan yang tidak diketahui pahala pelakunya melainkan Allah. Adapun dua amalan yang mewajibkan (balasan); barang siapa yang bertemu Allah Azzawajalla dalam keadaan (menyembah-Nya), tidak menyekutukan-Nya dengan suatu apapun, nescaya wajiblah syurga baginya. Manakala barang siapa bertemu Allah dalam keadaan menyekutukan-Nya dengan suatu apapun, nescaya wajiblah neraka baginya. Barang siapa yang berbuat keburukan, nescaya dia akan dibalas dengan perbuatan itu. Barang siapa yang ingin melakukan kebaikan namun tidak melakukannya, nescaya dia akan diganjarkan dengan perbuatan itu. Barang siapa yang berbuat suatu kebaikan, nescaya diganjarkan sepuluh (ganda). Barang siapa yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, nescaya akan digandakan baginya belanjanya: satu dirham dengan (gandaan) tujuh ratus dan satu dinar dengan (gandaan) tujuh ratus. Puasa pula, tidak ada yang mengetahui pahala pelakunya melainkan Allah Azzawajalla". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat dan al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5187].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs