Amalan doa baginda SAW di waktu pagi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان ﷺ إذا أصبح قال: أصبحنا وأصبح الملك لله عز وجل، والحمد لله، والكبرياء والعظمة لله، والخلق والأمر، والليل والنهار، وما سكن فيهما لله عز وجل، اللهم اجعل أول هذا النهار صلاحا، وأوسطه نجاحا، وآخره فلاحا، يا أرحم الراحمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW apabila berada pada waktu pagi, Baginda mengucapkan: Kami dan seluruh kerajaan memasuki waktu pagi kerana Allah ‘azza wa jalla, segala puji bagi Allah, kebesaran dan keagungan adalah milik Allah, segala makhluk dan perkara (urusan), siang dan malam serta apa yang hidup pada siang dan malam adalah milik Allah ‘azza wa jalla. Ya Allah! Jadikanlah permulaan siang hari ini sebagai kebaikan, pertengahannya sebagai kejayaan dan pengakhirannya sebagai kemenangan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1433, hadis nombor 7279. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن أبي أوفى رضي الله عنه، قال: كان ﷺ إذا أصبح قال: أصبحنا وأصبح الملك لله عز وجل، والحمد لله، والكبرياء والعظمة لله، والخلق والأمر، والليل والنهار، وما سكن فيهما لله عز وجل، اللهم اجعل أول هذا النهار صلاحا، وأوسطه نجاحا، وآخره فلاحا، يا أرحم الراحمين.
[عبد بن حميد، ابن السني، الطبراني في ((الدعاء))، عد، ((الضعيفة)) (2048)]

(Sangat lemah)
Daripada Ibn Abi Awfa RA, katanya: Baginda SAW apabila berada pada waktu pagi, Baginda mengucapkan: Kami dan seluruh kerajaan memasuki waktu pagi kerana Allah ‘azza wa jalla, segala puji bagi Allah, kebesaran dan keagungan adalah milik Allah, segala makhluk dan perkara (urusan), siang dan malam serta apa yang hidup pada siang dan malam adalah milik Allah ‘azza wa jalla. Ya Allah! Jadikanlah permulaan siang hari ini sebagai kebaikan, pertengahannya sebagai kejayaan dan pengakhirannya sebagai kemenangan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.
[Riwayat 'Abd bin Humaid, Ibn al-Sunni, al-Tabarani dalam al-Du'a dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2048]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.