Amalan berzikir selepas solat

TEKS BAHASA ARAB

لأن أذكر الله مع قوم بعد صلاة الفجر إلى طلوع الشمس أحب إلي من الدنيا وما فيها، ولأن أذكر الله مع قوم بعد صلاة العصر إلى أن تغيب الشمس أحب إلي من الدنيا وما فيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya aku berzikir kepada Allah bersama satu kumpulan selepas solat Fajar (Subuh) hingga terbitnya matahari, ia adalah lebih aku cintai daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya. Dan sekiranya aku berzikir kepada Allah bersama satu kumpulan selepas solat Asar hinggalah terbenamnya matahari, ia adalah lebih aku cintai daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1433, hadis nombor 7281. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الأعمش، قال: اختلفوا في القصص، فأتوا أنس بن مالك رضي الله عنه، فقالوا: كان رسول الله ﷺ يقص؟ فقال: إنما بعث رسول الله ﷺ بالسيف، ولكن قد سمعته يقول: لأن أذكر الله مع قوم بعد صلاة الفجر إلى طلوع الشمس أحب إلي من الدنيا وما فيها، ولأن أذكر الله مع قوم بعد صلاة العصر إلى أن تغيب الشمس أحب إلي من الدنيا وما فيها.
[عد، هب، ((الضعيفة)) (2298)]

(Lemah)
Daripada al-A’mash, katanya: Mereka telah berkhilaf (berbeza) pandangan berkaitan qasas (bercerita di masjid oleh golongan Qussas), lalu mereka datang menemui Anas bin Malik RA, mereka bertanya: Adakah Rasulullah SAW kerap kali bercerita? Anas menjawab: Rasulullah SAW diutuskan dengan pedang, namun aku mendengar Baginda bersabda: Sekiranya aku berzikir kepada Allah bersama satu kumpulan selepas solat Fajar (Subuh) hingga terbitnya matahari, ia adalah lebih aku cintai daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya. Dan sekiranya aku berzikir kepada Allah bersama satu kumpulan selepas solat Asar hinggalah terbenamnya matahari, ia adalah lebih aku cintai daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2298]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs