Amalan baik bagi orang-orang baik tapi buruk bagi orang-orang mendekatkan diri kepada Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

حديث: حسنات الأبرار سيئات المقربين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Amalan baik bagi orang-orang baik tapi buruk bagi orang-orang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

STATUS

Bukan Hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 73, hadis nombor 173. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من كلام الصوفية.

Daripada ucapan golongan sufi.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.