Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: حَسَنَات الْأَبْرَار سيئات المقربين
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Amalan baik bagi orang-orang baik tapi buruk bagi orang-orang mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 73, hadis no. 173. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
من كلام الصوفية.
Daripada ucapan golongan sufi.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman