Amalan-amalan yang paling mengisikan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أسد الأعمال ذكر الله على كل حال، والإنصاف من نفسك، ومواساة الأخ في المال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Amalan-amalan yang paling mengisikan, berzikir mengingati Allah dalam semua keadaan, bersikap insaf terhadap dirimu, dan menyenangkan saudara pada harta.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1981, hadis nombor 9914. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي جعفر مرفوعا: ((أسد الأعمال ذكر الله على كل حال، والإنصاف من نفسك، ومواساة الأخ في المال)).
[ابن المبارك، ش، هناد، ((الضعيفة)) (1665)]

(Lemah) Daripada Abū Jaa‘far secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Amalan-amalan yang paling mengisikan, berzikir mengingati Allah dalam semua keadaan, bersikap insaf terhadap dirimu, dan menyenangkan saudara pada harta.
[Riwayat Ibn al-Mubārak dalam al-Zuhd, Ibn Abī Syaibah dalam al-Muṣannaf, Hannād dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1665]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.