TEKS BAHASA ARAB
عرضت علي أعمال أمتي فوجدت منها المقبول والمردود، إلا الصلاة علي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Amalan-amalan umatku telah dipertontonkan kepadaku, aku dapati daripadanya ada yang diterima dan ada yang ditolak melainkan selawat terhadapku.
STATUS
Tidak Ditemui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 123, hadis nombor 192. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لم أقف له على سند، ذكره السيوطي.
Aku tidak menemui sanadnya, seperti yang disebut oleh al-Suyuti.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.