Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Amalan-amalan akan diperlihatkan pada hari Isnin dan Khamis

Teks Bahasa Arab

تُعرضُ الأعمالُ يومَ الاثنينِ والخميسِ؛ فمن مُستغفرٍ يُغْفَرُ لهُ، ومن تائبٍ يُتَابُ عليهِ، ويُرَدُّ أهلُ الضغائنِ [بضغائِنِهم] حتى يتوبوا.

Teks Bahasa Melayu

Amalan-amalan akan diperlihatkan pada hari Isnin dan Khamis. Jika ada yang memohon keampunan akan diampunkan baginya, jika ada yang bertaubat akan diterima taubatnya, dan orang yang mempunyai dendam kesumat akan ditolak (amalannya) [dengan sebab dendam kesumat mereka] sehinggalah mereka bertaubat.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2071, hadis no. 10401. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تعرض الأعمال يوم الاثنين والخميس؛ فمن مستغفر يغفر له، ومن تائب يتاب عليه، ويرد أهل الضغائن [بضغائنهم] حتى يتوبوا. [طس، ((الضعيفة)) (6825)]

(Lemah) Daripada Jābir RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Amalan-amalan akan diperlihatkan pada hari Isnin dan Khamis. Jika ada yang memohon keampunan akan diampunkan baginya, jika ada yang bertaubat akan diterima taubatnya, dan orang yang mempunyai dendam kesumat akan ditolak (amalannya) [dengan sebab dendam kesumat mereka] sehinggalah mereka bertaubat. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6825]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.